Kami menyediakan perkhidmatan penginapan homestay di Kampung Melayu Tebakang, Daerah Serian Sarawak. ia terletak 10km dari bandar Serian dan 70km dari bandar Kuching.
Selain itu, pihak kami juga menyediakan pakej bercuti menarik sesiapa saja yang ingin merasai keindahan semulajadi perkampungan dan tempat menarik di sekitar kampung. Homestay mempunyai satu bilik besar,bilik mandi dan tandas dan ruang tamu yang luas serta tidak didiami bagi tujuan privasi.ia muat untuk 5-6 orang bagi keluarga besar.Ia amat sesuai bagi yang suka privacy. Suasana kampung yang nyaman, sepi jauh dari kegimitan/kesibukan bandar dan sejuk terutama di waktu malam.
Pakej Tiga Hari Dua Malam (RM 600)
1. Menjemput pengunjung luar negara/negeri di airport dan Menyediakan Kenderaan Sewa
2. Hari 1 :Lawatan sepanjang sungai tebakang dengan bot Beriadah di Kampung dengan aktiviti mandi manda, memancing dan menyelam
3. Hari 2 :Lawatan di sekitar Kawasan perkampungan yang berada 10km-20km dari kampun di kawasan strategik
4. Lawatan ke Kawasan sekitar kampung iaitu :
4.1 Air terjun Ranchan pool
4.2 Mayang Tea Plantatian
4.3 Bidayuh Longhouse
4.4 Kompleks jualan murah di Sempadan Mal-Indo Tebedu
4.5 Silabu Cave
Acara Tahunan seperti Safari Rakit dan Lumba Perahu akan dibuat setiap tahun dan jadual akan dimaklumkan dalam blog ini.
Penginapan Kami hanya RM 100.00 semalam dan RM 20.00 bagi breakfast jika untuk dua orang. Sekiranya tambahan sarapan untuk anak berumur 10 tahun ke atas akan dicaj rm 10.00 seoarang. Bagi kemudahan Masjid berhampiran iaitu 100m dari homestay dan Restoran satu Malaysia 300m dari homestay. Harga Pakej tiga hari dua malam boleh dirunding mengikut kemampuan. Ini termasuk penyediaan Sarapan, makan tengahari dan malam.Lawatan riadah iaitu pada hari kedua dan hari ketiga untuk lawatan sekitarnya. Sekiranya ingin ke kawasan luar Serian juga boleh menghubungi Kamarul 0165764882/0165720101.




No comments:
Post a Comment